BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 12, 2010

Monolog Chenta

Cinta adalah sesuatu yang unik, lahir dari kasih, terbit dari sayang dan berputik dari rindu. Akhirnya rindu mekar dari kemesraan.
Cinta itu bukan benda tapi ianya adalah cita-cita hidup.
Hidup tanpa cita-cita adalah hidup tak bererti seperti hidup tanpa cinta.

Cinta adalah satu pendakian ... semakin tinggi, semakin kuat keinginan untuk mendaki. Bila sudah sampai ke puncak, akhirnya akan turun jua.

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkan hatinya setia kepada kita.

Kata-kata kecewa atau tewas tidak harus ada di dalam kamus mereka yang mengasaskan perjuangan pada kebenaran cinta.


Perasaan menjadi indah bila terlalu ramai mengharapkan cinta kita tapi berikan kesetiaan cinta kita hanya pada seseorang insan yang setia, cintanya dan beriman teguh di hatinya.


Ketahuilah, pertemuan-pertemuan adalah lebih bermakna dan meninggalkan kesan kepada penilaian seseorang daripada pertemuan yang selanjutnya. Kerana itu berhati-hatilah pada pertemuan pertama.


Keinsafan adalah kesempurnaan di dalam kemurniaan hidup. Kesetiaan adalah penyeri di dalam percintaan. Kejujuran adalah tali pengikat dalam persahabatan. Keyakinan adalah titik permulaan di dalam perjuangan. Kerajinan dan kesungguhan adalah kunci di dalam kejayaan untuk menyintai dan di cintai.


Cinta adalah suara hati yang sukar di tafsirkan. Ia terus mekar setelah berputik kerinduan lalu melahirkan pengorbanan dalam erti cinta sejati.

Cinta adalah perniagaan. Keuntungan membawa kebahagiaan, sementara kerugiannya pula membawa kekecewaannya.
Cinta adalah di ibaratkan pelayaran. Sesekali akan datang badai melanda ketenangan. Dari itu senantiasalah berhati-hati kemudi pelayaran.


Hanya dengan menyintai Allah s.w.t lebih dari segalanya saja tidak akan menjadikan kita manusia yang mudah kecewa dalam apa jua cabaran yang di hadapi.


Persahabatan yang jujur lebih mulia dari sebuah percintaan yang tidak berpenghujung. Dari itu janganlah cuba memperlagakan kedua-duanya kerana ini bisa menghiriskan sanubari seseorang.


Simpankanlah kenangan cinta yang telah hancur itu biarpun terlalu pahit kerana kepahitan itu adalah sebaik-baiknya pengajaran supaya kita tidak pula menghancurkan cinta orang lain.


Cinta itu adalah sesuatu yang indah dan mempengaruhi perasaan setiap insan. Tanpa cinta, hidup ini ibarat siang tanpa mentari dan bagaikan malam tanpa purnama.


Cinta adalah ombak yang menghempasi pantai. Datangnya tanpa paksaan sebaliknya adalah satu kemestian walaupun dalam keterpaksaan.
Cinta adalah sesuatu amat sensitif, tidak mudah di ucapkan jika kita tidak benar-benar mengerti cinta yang sebenarnya. Cinta adalah hati dan perasaan. Cinta juga tidak untuk di rasa. Hanya budi yang mengerti dan hanya hati yang merasai.

0 comments: